fbpx
Selepas aksi bertemu Iran, skuad negara akan menentang Jepun pada Jumaat dan aksi terakhir kumpulan F menentang Guam pada Ahad ini. - Foto ihsan FAM

Malayan Tigres ‘muda’ siap cipta kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD wanita bawah 20 (B-20) kebangsaan tekad untuk melakukan kejutan pada saingan kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026 dengan langkah kanan menjelang aksi pembukaan Kumpulan F bertemu Iran di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Pengendali skuad negara, Cameron Ng berkata, status sebagai tuan rumah perlu digunakan sebaik mungkin oleh semua pemain sekali gus beraksi tanpa sebarang tekanan.

Menurut Cameron, persiapan rapi yang dilakukan sejak penghujung bulan lalu cukup baik dan sekarang anak-anak buahnya sudah sedia untuk hadapi cabaran sebenar menentang jaguh bola sepak rantau Asia.

“Sudah tentu kita ada kelebihan beraksi sebagai tuan rumah tetapi kita juga mahu penyokong hadir ke stadium untuk sokong pasukan agar pemain dapat berikan yang terbaik sepanjang aksi kelayakan kali ini. 

“Persiapan yang dilakukan juga cukup bagus dan mereka sudah faham dengan taktikal yang cuba kita terapkan.

“Semua 23 pemain yang dikekalkan adalah yang terbaik dan saya harap keputusan dapat memihak kepada pasukan,” katanya pada sidang media pra perlawanan semalam.

Lapan juara kumpulan dan tiga naib juara kumpulan terbaik akan melangkah ke pusingan akhir Piala Asia Wanita B-20 2026 di Thailand pada 1 hingga 18 April 2026. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN