fbpx
Orang ramai berjalan melepasi Kubah Bom Atom di bandar Hiroshima sempena ulang tahun ke-80 serangan bom atom AS hari ini. - AFP

Jepun kenang 80 tahun detik pengeboman Hiroshima 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Jepun mengadakan upacara memperingati 80 tahun tragedi pengeboman Hiroshima hari ini, ketika ketegangan nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Russia semakin meningkat.

Upacara bertafakur seketika diadakan pada pukul 8.15 pagi (waktu tempatan) iaitu detik pesawat AS, Enola Gay menggugurkan bom atom bernama Little Boy ke atas bandar Hiroshima pada 6 Ogos 1945. 

Bandar Nagasaki turut musnah selepas AS menggugurkan satu lagi bom atom, tiga hari selepas pengeboman di Hiroshima. 

Angka kematian serangan tersebut mencecah kira-kira 140,000 orang, di mana mangsa terbunuh bukan sahaja disebabkan letupan besar, malah akibat radiasi.

Beratus-ratus pegawai berpakaian hitam berkumpul di Hiroshima Peace Memorial Park, manakala pelajar dan mangsa yang terselamat meletakkan bunga di tugu peringatan dengan berlatarbelakangkan runtuhan bangunan berkubah. 

“Perpecahan dalam masyarakat antarabangsa mengenai perlucutan senjata nuklear semakin mendalam, manakala persekitaran keselamatan semasa semakin teruk,” kata Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba. 

Sebuah organisasi akar umbi yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan tahun lepas, Nihon Hidankyo berkata: “Kita tidak mempunyai banyak masa lagi ketika kita menghadapi ancaman nuklear yang lebih besar daripada sebelumnya.”

Beberapa bulan kebelakangan ini, dunia menyaksikan ketegangan nuklear berlaku antara AS dan Russia berhubung perang di Ukraine, serangan kemudahan nuklear Iran oleh Washington serta konflik antara dua negara nuklear, Pakistan dan India.

Bom atom Hiroshima dengan kekuatan letupan 15 kilotan, dianggap sebagai senjata nuklear rendah mengikut piawaian hari ini. 

Ini kerana senjata nuklear terbesar dalam simpanan AS mempunyai kekuatan 1.2 megatan, 80 kali lebih besar daripada bom Hiroshima.

Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), terdapat lebih 12,000 senjata tersebut di tangan sembilan kuasa nuklear iaitu AS, Russia, China, Perancis, United Kingdom, India, Pakistan, Korea Utara dan Israel. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN