fbpx
Gambar Anwar sedang berbual menerusi panggilan telefon bersama Presiden Iran, hari ini. Foto FACEBOOK ANWAR.

Iran hargai pendirian tegas Malaysia mengenai isu Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Iran menzahirkan penghargaan terhadap pendirian tegas Malaysia dalam isu berkaitan Gaza, Palestin.

Perkara tersebut diucapkan oleh Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dalam satu perbualan telefon bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Anwar berkata, dalam panggilan tersebut, Pezeshkian turut menggesa agar Malaysia terus mendepani usaha diplomatik dalam menentang kekejaman dan genosid yang masih berterusan di bumi Palestin.

“Saya tegaskan komitmen Malaysia yang konsisten, bukan sahaja melalui kenyataan lantang di pentas antarabangsa, malah dengan menggembleng kerjasama pemimpin serantau dan global termasuk Presiden Indonesia, Turkiye, Brazil dan Afrika Selatan.

“Dunia tidak boleh terus berdiam diri tatkala kekejaman ini telah melampaui batas kemanusiaan,” ujarnya dalam kenyataan di Facebook.

Tambah Anwar, mereka berdua turut berbicara tentang hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain senada untuk terus memperkukuhkan persahabatan, khususnya dalam bidang yang memberi manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.

Sementara itu, Presiden Iran turut memanjangkan jemputan rasmi untuk Anwar mengadakan lawatan ke Tehran dalam masa terdekat.

“Saya sampaikan penghargaan atas kesediaan beliau untuk terus mempererat hubungan antara kedua-dua negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI