fbpx
RASHFORD mula membuka akaun gol bersama Barcelona selepas meledak jaringan ketika menentang Daegu FC pada aksi pramusim. - AFP

Impian Rashford beraksi di La Liga samar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DAEGU – Pemain baharu Barcelona, Marcus Rashford tidak menunggu lama untuk membuka akaun gol bersama pasukan itu selepas melakukan satu jaringan ketika membelasah Daegu FC 5-0 di Stadium Daegu kelmarin.

Aksi persahabatan itu turut menyaksikan Robert Lewandowski dan Toni Fernandez turut menjaringkan satu gol, namun paling mencuri tumpuan adalah pemain tengah, Gavi yang meledak dua gol.

Meskipun menampilkan aksi terbaik bersama The Catalans sejak dipinjamkan dari Manchester United, namun masa depannya masih berada dalam keadaan samar sama ada dia boleh didaftarkan ataupun tidak bagi saingan La Liga.

Ia ekoran kegagalan Barcelona untuk mematuhi had gaji ditetapkan La Liga menyebabkan mereka sukar untuk mendaftarkan Rashford serta beberapa lagi pemain lain menjelang saingan yang akan bermula 16 Ogos ini.

Bagaimanapun, Rashford menyuarakan keyakinan pihak pengurusan Barcelona akan melakukan yang terbaik bagi memastikan namanya dapat didaftarkan sebelum aksi sulung kempen 2025/26 menentang Mallorca nanti.

“Saya percaya ia (pendaftaran) akan diuruskan oleh pasukan dengan sebaiknya. Apa yang paling penting sekarang adalah saya perlu memberikan sepenuh fokus terhadap latihan dan bersedia untuk saingan musim baharu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Barcelona, Joan Laporta gembira dengan aksi serta komitmen ditunjukkan Rashford, sekali gus membuktikan kerja keras mendapatkan khidmatnya merupakan usaha yang berbaloi.

“Kami mengambil keputusan mendapatkan khidmatnya kerana dia menunjukkan komitmen cukup tinggi untuk Barcelona. Rashford sudah melakukan apa yang termampu bagi memastikan dia dapat datang ke sini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI