fbpx
GAMBAR fail Mahkamah Agung Singapura. - Foto AFP

Doktor mengaku salah ugut bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang doktor kosmetik berusia 40 tahun mengaku bersalah atas empat pertuduhan jenayah dilakukan terhadap bekas kekasihnya yang pernah menjadi pengurus kliniknya, lapor portal berita MSNews hari ini.  

Pertuduhan itu melibatkan melibatkan ugutan untuk menyebarkan gambar intim, penahanan secara tidak sah, penggunaan kekerasan jenayah dan menyebabkan kecederaan.

Dr. Chua Cheng Yu yang merupakan pengasas sebuah klinik, masih disenaraikan sebagai doktor yang sedang berkhidmat.

Bekas teman wanitanya yang dikenal pasti dalam dokumen mahkamah sebagai Zhang, menyertai klinik itu pada tahun 2021 sebagai pengurus. 

Mereka memulakan hubungan romantik pada tahun berikutnya.

Namun, hubungan mereka menjadi semakin tidak stabil, disertai dengan pertengkaran yang kerap.

Pada Mac 2023, mangsa meletakkan jawatan berikutan hubungan mereka yang semakin merosot. 

Defendan dijadualkan kembali ke mahkamah yang akan menjatuhi hukuman pada 1 Oktober depan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI