fbpx
GAMBAR tular di aplikasi WhatsApp memaparkan seorang penjual aiskrim bermotosikal berdiri di tepi jalan bersama peti aiskrim selepas motosikal ditunggangnya disita JPJ di Krubong, Melaka, petang tadi.

Bukan peniaga tempatan tetapi warga asing tak ada lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Tular di aplikasi WhatsApp situasi menyayat hati seorang peniaga aiskrim bermotosikal berdiri di tepi jalan bersama sebuah peti sejuk selepas kenderaan ditunggangnya didakwa disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ini, petang tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.30 petang di Kampung Ladang, Krubong dekat sini.

Rata-rata pengguna WhatsApp yang menerima kiriman gambar kejadian meluahkan rasa kecewa dengan tindakan dilakukan pihak JPJ terhadap lelaki tersebut.

Mengulas kejadian tersebut, Pengarah JPJ negeri, Siti Zarina Mohd Yusop ketika dihubungi menjelaskan, tindakan sitaan dibuat selepas pemeriksaan mendapati penunggang terbabit merupakan lelaki warga asing dan tidak mempunyai lesen memandu.

“Notis JPJ P22 dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi mendapatkan kepastian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI