fbpx
BEBERAPA bangunan ditenggelami banjir di Uttarakhand semalam. - Foto AFP

Banjir lumpur di Uttarakhand, 4 maut, 100 masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Banjir kilat yang membawa arus lumpur deras melanda sebuah pekan di kawasan Himalaya, India semalam serta mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan menyebabkan kira-kira 100 yang lain hilang.

Ia mengalir melalui sebuah lembah gunung yang sempit dan memusnahkan bangunan ketika banjir memasuki pekan Dharali di negeri Uttarakhand.

“Ia adalah situasi yang serius,” kata Menteri Negara bagi Pertahanan, Sanjay Seth kepada agensi berita Press Trust of India (PTI).

“Kami menerima maklumat mengenai empat kematian dan kira-kira 100 orang hilang,” tambahnya.

Satu rakaman video yang disiarkan oleh media tempatan menunjukkan gelombang air berlumpur melanda bangunan-bangunan apartmen di kawasan pelancongan.

Sebahagian individu kelihatan cuba melarikan diri sebelum dihanyutkan oleh gelombang air yang penuh dengan serpihan.

Ketua Menteri Negeri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami berkata, pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian seperti situasi perang.

Tentera India memaklumkan bahawa 150 anggota telah sampai ke pekan itu dan berjaya membantu menyelamatkan kira-kira 20 daripada lumpur sejuk beku.

“Satu kejadian tanah runtuh besar melanda Dharali, mencetuskan aliran air secara tiba-tiba melalui penempatan tersebut,” kata kenyataan tentera.

Sebahagian besar pekan itu ditenggelami lumpur yang dalam, manakala di sesetengah tempat, lumpur mencecah bumbung rumah.

Komander Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri, Arpan Yaduvanshi berkata, lumpur itu sedalam 15 meter di beberapa kawasan dengan menenggelamkan sepenuhnya sebilangan bangunan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI