fbpx
Rohana dan Othman (gambar kecil).

Anak berhenti seketika lepas dirayu, sebelum terus memukul ayahnya – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – “Saya sudah merayu dan melarang dia memukul ayahnya sendiri dengan kayu kerusi, tetapi dia tetap melakukan perbuatan itu.”

Demikian luahan Rohana Che Daud, 64, iaitu isteri kepada seorang warga emas, Othman Jusoh, 74, yang maut selepas dipukul anak lelakinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Kuala Gris, di sini hari ini.

Rohana berkata, dia terkejut melihat anaknya yang berusia 39 tahun itu bertindak memukul arwah suami dengan sebatang kayu daripada cebisan kerusi semasa tiba di rumah dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

Menurutnya, dia merayu dan melarang agar anaknya itu berhenti daripada melakukan perbuatan tersebut.

“Sebaik sahaja pulang daripada menunai solat subuh, saya membuka pintu rumah dan terkejut melihat suami dipukul. Saya merayu dan melarang anak daripada berbuat demikian.

“Dia pada awalnya berhenti seketika, sebelum meneruskan semula tindakannya itu. Bimbang akan keselamatan diri, saya terus berlari keluar mendapatkan pertolongan daripada jiran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Rohana memberitahu, susulan daripada kejadian itu, dia tidak sanggup masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan suaminya sebelum dimaklumkan olehnya jiran bahawa mangsa telah meninggal dunia.

Menurutnya, dia kemudian memberanikan diri masuk ke dalam rumah sebelum melihat suaminya dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya tidak menyangka anak sulung saya sanggup melakukan perkara tersebut. Kata-kata arwah suami lima tahun lalu menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia dibunuh anak sendiri.

“Sebelum ini, arwah suami pernah memaklumkan kepada pihak polis bahawa dia bimbang jika kejadian yang tidak diingini berlaku sebelum anaknya dipenjarakan selama lima tahun akibat kes penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Rohana berkata, anaknya itu dibebaskan pada Jun lalu dan sering berhalusinansi dan suka bercakap seorang diri semasa berada di rumah.

Menurutnya, arwah suaminya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Gris, di sini selepas selesai proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI