fbpx
Penduduk Palestin bergegas mendapatkan bantuan yang digugurkan dengan terjun payung di tengah Semenanjung Gaza kelamrin. - AFP

20 penduduk Gaza maut dihempap lori bawa bantuan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GAZA – Agensi pertahanan awam Gaza berkata hari ini bahawa 20 orang terbunuh apabila sebuah lori yang membawa bantuan kemanusiaan terbalik berhampiran kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza. 

“Seramai 20 orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila lori membawa bantuan terbalik sekitar tengah malam tadi (waktu tempatan). 

“Beratus-ratus penduduk masih menunggu bantuan,” kata jurucakap agensi itu, Mahmud Bassal kepada AFP. 

Hamas menuduh Israel memaksa pemandu lori menggunakan laluan yang tidak selamat untuk sampai ke pusat pengagihan bantuan. 

Pejabat Media Kerajaan Gaza turut menyalahkan Israel kerana memburukkan lagi krisis kemanusiaan dengan sengaja mencetuskan huru-hara, lapor saluran berita Al Jazeera. 

“Lori itu terbalik dan menimpa ke atas rakyat Palestin selepas Rejim Zionis memaksa ia melalui jalan yang pernah dibom dan tidak sesuai untuk digunakan. 

“Ia mendedahkan percubaan sengaja mereka untuk menjerumuskan orang awam ke dalam bahaya dan kematian sebagai sebahagian daripada rancangan mencetuskan huru-hara serta kelaparan.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya dasar jenayah yang disengajakan dan diamalkan oleh pasukan pendudukan ini. Ia merupakan jenayah genosid sepenuhnya di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN