fbpx
Ketulan ais akibat fenomena hujan batu di Pandan Indah dan Ampang petang tadi.

[VIDEO] Hujan batu di Pandan Indah, Ampang petang tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cuaca luar biasa berlaku ibu kota petang ini apabila beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, khususnya Pandan Indah dan Ampang, ditimpa hujan batu dalam kejadian yang mengejutkan penduduk setempat.

Fenomena jarang berlaku di negara ini bermula sekitar pukul 4.30 petang, disertai hujan lebat dan ribut petir.

Video yang tular di media sosial memaparkan penduduk teruja mengutip ketulan ais tersebut dan memasukkannya ke dalam cawan sebagai bukti kejadian.

Ada juga rakaman yang menunjukkan bunyi kuat hentaman hujan batu mengenai bumbung kereta di kawasan parkir.

“Ambil telan air batu tu. Sejukk,” komen Mazie Azi

“Abc lai lai lai lai,” kata Tg Shah.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan harta benda atau kecederaan diterima.

Fenomena hujan batu pernah direkodkan di beberapa kawasan di Lembah Klang sebelum ini, namun kejadian hari ini tetap mengundang rasa teruja dan kekaguman penduduk kerana ia berlaku secara tiba-tiba di tengah ibu kota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI