fbpx
SEBUAH pesawat pejuang JAS 39 Gripen mengadakan persembahan pada minggu kedua pameran udara AIR14 di Switzerland pada 6 September 2014. – AFP

Thailand lulus RM2.5 bilion beli 4 jet Gripen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Thailand hari ini meluluskan pembelian empat jet pejuang buatan Sweden, kata pihak tentera udara, seminggu selepas Bangkok mencapai gencatan senjata susulan pertempuran sempadan berdarah dengan Phnom Penh.

Perjanjian bernilai AS$600 juta (RM2.5 bilion)  untuk membeli Saab JAS 39 Gripen itu pertama kali diumumkan Jun lalu sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang pemodenan keupayaan tempur tentera udara Thai.

Semasa lima hari pertempuran dengan Kemboja yang menyebabkan lebih 40 orang terbunuh, Thailand menggunakan armada jet F-16nya untuk menyerang sasaran ketenteraan di seberang sempadan.

Ia adalah pertempuran sempadan paling berdarah antara kedua-dua negara dalam tempoh beberapa dekad.

“Kabinet meluluskan pembelian JAS 39 Saab Gripen untuk mengukuhkan Tentera Udara Diraja Thailand dan melindungi kedaulatan negara,” kata tentera udara di laman Facebook rasminya.

Jawatankuasa perolehan yang mula bermesyuarat pada Ogos tahun lalu, membuat kesimpulan semakan yang memihak kepada jet buatan negara Scandinavia itu berbanding F-16 Amerika Syarikat.

Kerajaan Thai kini menggunakan 11 Gripen yang lebih lama, serta berpuluh-puluh F-16 yang diperoleh dalam tahun 1980-an.

Jumlah bajet pertahanan Thailand  mencecah 200 bilion baht (RM26.1 bilion) termasuk peruntukan untuk tentera darat, laut dan udara. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI