fbpx
Tertuduh (depan, kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, hari ini.

Tak mengaku curi cip elektronik lebih RM1.15 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Seorang bekas operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri lima kotak cip elektronik bernilai lebih RM1.15 juta di premis tempatnya bekerja, April lalu.

Tertuduh, Ruhaizzat Rusol, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang itu didakwa mencuri lima kotak Xilinx Virtex Ultra Scale cip No ASIC-00947 yang mengandungi 180 keping cip dengan angaran nilai lebih RM1.15 juta di dalam sebuah stor berkunci dan berpagar di Bangunan Jabil Plant 2, Bayan Lepas di sini, kira-kira pukul 3.30 petang, 26 April lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya mengikut
Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Lushani manakala tertuduh diwakili Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Edmund Anthony Hermon

Semasa prosiding, Lushani memohon jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan serta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah susulan nilai barang kes tinggi.

Bagaimanapun, Anthony Hermon merayu jaminan minima atas alasan tertuduh kini bekerja sebagai pemandu e-hailing dan masih menyara ibunya.

Majistret Huey Ting kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 September depan sebagai sebutan semula kes yang dihadapi tertuduh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI