fbpx
Gambar hiasan.

Tabung Haji ingatkan bakal jemaah bersedia lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan kepada bakal jemaah musim haji 1447H/2026M untuk bersedia lebih awal bagi melayakkan diri menerima tawaran ibadah haji.

Antara aspek utama yang ditekankan adalah kemas kini rekod maklumat peribadi, kesihatan, kewangan, pengurusan diri, dan penambahan ilmu berkaitan fardhu ain dan haji.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, makluman peringatan awal ini dikeluarkan kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini bakal jemaah tidak berjaya melayakkan diri menerima tawaran terutamanya atas faktor kesihatan dan kewangan.

“Ibadat haji adalah ibadat yang memerlukan persediaan yang amat rapi bagi memenuhi aspek kemampuan menunaikannya (Istito’ah).

“Peringatan mesra dari TH ini diharap dapat membantu bakal jemaah meningkatkan ketersediaan mereka untuk layak menjawab tawaran dan kemudian menunaikan ibadat haji dengan lancar bagi mendapatkan haji mabrur, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mustakim, bakal jemaah haji disarankan untuk mencukupkan simpanan di TH sekurang-kurangnya kepada RM15,000, jumlah bayaran haji yang ditetapkan bagi golongan B40 pada 2025 untuk layak menerima tawaran haji dalam tahun giliran.

Selain itu, beliau berkata, bakal haji juga peelu membuat persediaan penjagaan kesihatan seperti aktiviti senaman untuk meningkatkan daya ketahanan badan di samping pemeriksaan kesihatan kendiri bagi menangani keadaan penyakit sedia ada.

“Bakal jemaah haji musim haji 1447H/2026M juga diingatkan untuk menyemak dan mengemas kini rekod profil masing-masing supaya mudah dihubungi TH untuk urusan-urusan selanjutnya.

“Giliran menunaikan haji boleh disemak di platform THiJARI atau di pejabat cawangan TH di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI