fbpx
Salah satu aksi mendebarkan yang dilakukan oleh salah seorang peserta Swiss Dream Circus di Elmina Lakeside Mall baru-baru ini.

Swiss Dream Circus meriahkan sambutan ulang tahun pertama Elmina Lakeside Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Elmina Lakeside Mall, destinasi runcit kedua milik penuh Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) telah  meraikan ulang tahun pertamanya dengan penganjuran beberapa program menarik bermula 1 Ogos lalu termasuk Gala Night Swiss Dream Circus bermula 1 Ogos lalu.

Sarkis yang datang kembali ke Malaysia dengan produksi baharu berjudul Passion – The Greatest Show in Town, itu, menampilkan 14 ahli kumpulan antarabangsa yang diketuai oleh Misha, badut terkenal dari Cirque du Soleil.

Persembahan turut menampilkan pakar Cyr Wheel Bogdan, pasangan luncur Diana dan Maksim, aksi berani Wheel of Death oleh Andrei Pogorelov, pemain biola-merangkap penyanyi Evgeniia, pasangan Quick Change Tom & Jenny yang pantas, pertunjukan juggling mendatar oleh Emiliano Sanchez serta pasangan akrobatik udara Duo Liberty .

Setiap indivdiu tersebut yang memiliki keistimewaan sendiri itu menyerlahkan persembahan mereka yang memukau hati penonton.

Lincah berakrobatik  dan penuh tenaga, kumpulan ini mempersembahkan pertunjukan memukau selama dua setengah jam yang padat dengan aksi udara dan aksi mencabar jantung, digabungkan secara harmoni dengan muzik dan pencahayaan selain membuatkan penonton terpesona dari awal hingga akhir.

Selain itu, bagi mencerminkan komitmen Sime Darby Property terhadap tanggungjawab sosial dan usaha berterusan dalam memperkasa komuniti kurang bernasib baik di perbandarannya, Kumpulan telah menjemput seramai 125  kanak-kanak dan penjaga daripada beberapa rumah kebajikan untuk merasai pengalaman ini.

Mereka terdiri daripada Great Heart Charity Association, Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al-Haq Malaysia, Pusat Jagaan Rahoma Subang Jaya dan Rumah Kanak-Kanak Triniti.

Gala Night menandakan permulaan musim penuh persembahan Swiss Dream Circus di Elmina Lakeside Mall, dengan 27 pertunjukan awam sedang berlangsung sehingga 24 Ogos ini.

Selain Swiss Dream Circus, pengunjung dan penduduk City of Elmina boleh menantikan pelbagai aktiviti ulang tahun lain sehingga 14 September.

Pusat beli-belah ini bakal menjadi tumpuan aktiviti seni, budaya, kecergasan dan kekeluargaan, termasuk acara menarik seperti Monopoly Run, pusingan akhir Yayasan Sime Darby Arts Festival yang ikonik serta persembahan muzik malam ambang Merdeka dan pertunjukan bunga api, menampilkan persembahan secara langsung oleh Selangor Symphony Orchestra serta aktiviti menarik lain seperti belon udara panas. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI