fbpx
SEORANG pegawai polis dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kuantan selepas dibawa bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Kuantan hari ini.

SPRM tahan pegawai polis terima rasuah daripada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,500 daripada seorang lelaki warga asing sebagai balasan mempercepatkan proses siasatan melibatkan satu kes pergaduhan.

Perintah tahanan reman selama lima hari sehingga 9 Ogos terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an yang berkhidmat di ibu pejabat polis daerah di negeri ini ditahan di tempat kerjanya kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati, suspek telah meminta wang kira-kira RM1,000 daripada seorang lelaki warga asing yang bergaduh dengan abang iparnya sebelum membuat satu laporan polis pada awal Julai lalu.

“Wang rasuah berkenaan sebagai dorongan untuk menangkap abang ipar lelaki terbabit yang kini berada dalam tahanan polis dan bagi mempercepat proses siasatan untuk diserahkan kepada pihak imigresen bagi tujuan pengusiran balik ke negara asal,”katanya.

Katanya, setelah menerima wang kira-kira RM1,000, suspek kemudian meminta lagi wang kira-kira RM3,000 daripada pengadu sebelum bersetuju menerima wang tunai kira-kira RM2,500 bagi mempercepat proses siasatan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI