fbpx
Seorang askar Thai berkawal ketika orang Kemboja melawat kuil Khmer purba yang dipertikaikan Prasat Ta Muen Thom, atau Prasat Ta Moan Thom di Khmer, di sempadan Kemboja-Thailand di wilayah Oddar Meanchey pada 26 Mac 2025. Tentera Kemboja dan Thai berbalas tembak dalam pusingan baharu pertempuran selepas pertelingkahan diplomatik yang semakin meningkat di sempadan yang dipertikaikan. - AFP

Malaysia sedia hantar pasukan pemantau, elak penglibatan kuasa besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia dan negara ASEAN lain bersedia untuk menghantar pasukan pemantau di sempadan yang menjadi pertikaian antara Thailand dan Kemboja sekiranya diminta oleh kedua-dua negara berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan konflik ketika ini bagaimanapun adalah terkawal dan dipantau menggunakan satelit.

Ujar beliau, sebarang keputusan lanjut akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) antara Thailand dan Kemboja yang akan berakhir pada 7 Ogos ini.

“Dalam perundingan saya dengan semua ketua-ketua ASEAN, semuanya sepakat, jika diminta oleh kedua-dua negara. Sekarang ini keadaan terkawal satelit dapat memantau.

“Kemudian Atase Pertahanan hadir, diselaras oleh Malaysia dihadiri semua Atase Pertahanan Thailand dan kita tunjukkan kesediaan kita. Oleh itu kita tunggu keputusan pada 7 Ogos ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambah Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) tentang kesediaan Malaysia untuk menghantar pasukan pemantau di sempadan Thailand-Kemboja.

Menjawab soalan tambahan Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani), Anwar berkata, beliau diberi mandat untuk menyelesaikan konflik antara Thailand dan Kemboja sehingga keadaan itu selesai.

Jelasnya, mandat itu tidak terikat dengan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang tamat tempoh tahun depan kerana penyelesaian memang dijangka selewat-lewatnya dalam tempoh tiga bulan.

“Tetapi dalam mana-mana rundingan kita tidak boleh hadkan. Cuma yang kita tegaskan mesti berlaku gencatan senjata. Dengan cara ini kita elakkan penyertaan dan penglibatan dengan kuasa-kuasa besar di antara rundingan di antara Negara Asean.

“Kalaupun ada pasukan pendamai di sempadan haruslah panya terbatas kepada kehadiran wakil-wakil atau tentera Negara ASEAN. Kalau bantuan logistik dari Amerika Syarikat dan China itu kita alu-alukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI