fbpx
Antara hasil sungai dan peralatan dilarang menangkap ikan yang dilarang dikesan di Sungai Kongkoi, di sini, malam semalam.

‘Kantoi’ guna senapang tiruk tangkap ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Empat lelaki melarikan diri ke dalam hutan selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa ketika sedang menangkap ikan di Sungai Kongkoi di sini, malam semalam dengan menggunakan senapang tiruk yang diharamkan.

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, kira-kira pukul 9 malam, terdapat empat lelaki dewasa sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan senapang tiruk di bawah jambatan.

“Ketika membuat serbuan, mereka telah melarikan diri ke dalam hutan seberang sungai dan meninggalkan peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan. Anggota serbuan telah menggeledah kawasan sekitar laluan mereka lari tetapi gagal ditemukan.

“Pihak kami telah menyita empat senapang tiruk ikan, empat cermin selam dan ikan campur-campur lebih kurang dua kilogram,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, sitaan dibuat mengikut Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) 1976, Negeri Sembilan dan satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kuala Klawang.

Penggunaan senapang tiruk dilarang kerana boleh menyebabkan kepupusan terutamanya kepada induk ikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI