fbpx
HAKIM Danish ketika berjaya mengungguli carta pendahulu saingan RBMRC berbaki dua lagi pusingan di Austria dan San Marino.

Hakim Danish idam aksi Moto3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA muda berbakat negara, Hakim Danish Ramli memberikan tumpuan sepenuhnya untuk muncul juara Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) sekali gus membuka peluang cerah menyertai Kejuaraan Dunia Moto3 musim depan.

Hakim Danish yang baru menyambut ulang tahun ke-18, menyifatkan tugas itu bukan mudah meskipun ketika ini mendahului carta keseluruhan dengan 154 mata, hanya dibezakan 13 mata daripada pencabar terdekat.

“Ada sedikit tekanan, tapi saya cuba tidak meletakkan terlalu banyak beban pada diri. Saya hanya fokus untuk konsisten dan cuba berada di atas podium,” katanya.

Pelumba Terengganu itu kini berada di landasan terbaik untuk merebut gelaran juara sulung buat Malaysia dalam baki dua pusingan terakhir RBMRC di Litar Red Bull Ring, Austria (16-17 Ogos) dan Misano, San Marino (13-14 September).

“Sudah pasti sasaran utama untuk jadi juara. Kalau dapat kekalkan kedudukan tiga teratas, saya layak ke Moto3,” jelasnya.

Meskipun fokus utamanya terarah kepada RBMRC, Hakim Danish tidak sesekali mengabaikan saingan dalam JuniorGP (JrGP) apabila kini menghuni kedudukan ketujuh keseluruhan kejuaraan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN