fbpx
FERNANDES (dua dari kanan) berjaya meledak satu gol ketika terikat menentang Everton pada aksi terakhir saingan Liga Perdana Musim Panas awal pagi semalam. - FB MANCHESTER UNITED

EPL: Fernandes kritik aksi Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA – Manchester United menjulang trofi saingan Liga Perdana Musim Panas meskipun mencatat keputusan seri 2-2 menentang Everton pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Mercedes-Benz awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, United menguasai sepenuhnya permainan dan menjaringkan gol menerusi Bruno Fernandes dan Mason Mount manakala gol The Toffees dijaringkan Iliman Ndiaye dan gol sendiri Ayden Heaven.

Keputusan itu menyaksikan The Red Devils mengungguli carta liga apabila mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri, mengatasi West Ham United di tempat kedua dengan enam mata.

Walaupun menamatkan pertandingan itu selaku juara, namun Fernandes masih tidak berpuas hati dengan aksi ditampilkan United apabila menganggap dia dan rakan sepasukan bermain seperti orang malas.

“Secara jujur, prestasi kami tidak begitu baik kerana semua pemain kelihatan seperti orang malas hari ini (semalam). Kami perlu sedar bahawa prestasi seperti ini pasti dihukum apabila saingan sebenar bermula,” katanya.

Sementara itu, pengendali United, Ruben Amorim mengakui gembira mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Fernandes apabila mengakui kritikan sebegitu mampu membakar semangat pemain lain untuk memberikan aksi lebih baik.

“Saya gembira jika pemain mempunyai perasaan sebegitu (tidak mudah berpuas hati). Itu membuktikan mereka memahami situasi dan meletakkan standard yang tinggi dalam semua perlawanan,” jelasnya.

Pada masa sama, kapten United itu turut menggesa pihak pengurusan supaya membawa masuk lebih ramai muka baharu kerana menganggap mereka masih ada kekurangan di beberapa posisi penting. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI