fbpx
MOHD. SHUKRI

Dua pelabur komited labur RM1.56 bilion di CVIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Pelaburan CVIA (JPPPCVIA) telah meluluskan dua cadangan projek pelaburan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.56 bilion di Lembah Industri Chuping (CVIA).

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi memastikan semua perancangan dan pembangunan di CVIA sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Setakat ini dua pelaburan telah diluluskan, namun nama syarikat belum dapat diumumkan kerana proses pelaburan masih di peringkat awal.

“Aspek seperti penyaluran dana dan penjagaan kerahsiaan antara pelabur dan klien perlu diteliti terlebih dahulu. Justeru, kerajaan negeri perlu berhati-hati agar tidak menjejaskan sebarang pihak berkepentingan dalam usaha pelaburan ini,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI