fbpx
Seorang broker tanah direman di Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan.

Broker direman kes kemuka dokumen palsu jualan tanah RM3.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang broker tanah di negeri ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki menggunakan geran mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah berjumlah kira-kira RM3.8 juta.

Perintah reman bermula hari ini hingga 11 Ogos depan telah dikeluarkan Majistret Saiful Sayoti terhadap suspek lelaki berusia 40-an itu selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek disyaki telah menggunakan suatu dokumen mengandungi butir matan palsu iaitu geran di Mukim Lenggeng daerah Seremban atas nama seorang individu lain bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah dianggarkan RM3.8 juta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI