fbpx
Pemandu Avanza meletakkan kenderaan di tepi jalan sempit. - Lambe Turah

Bila ditegur marah, akhirnya kereta kena geser lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bergesel dengan sebuah lori gara-gara ia diparkir di tepi jalan sempit, lapor laman berita Redaksiku semalam.

Dalam video itu, kereta Toyota Avanza diletakkan di tepi sebatang jalan sempit sehingga menyukarkan kenderaan lain untuk melaluinya.

Berdasarkan keterangan hantaran, pemilik MPV tersebut dikatakan sudah berkali-kali diingatkan oleh jiran agar tidak meletakkan kenderaan sembarangan di tepi jalan.

Pemandunya bagaimanapun enggan mendengar teguran tersebut, malah dia dikatakan memarahi kembali jiran yang menegurnya.

Namun, nasib akhirnya tidak menyebelahinya apabila kenderaan itu bergesel dengan sebuah lori yang sukar untuk melalui jalan itu.

Avanza itu kemik, malah cermin belakang MPV tersebut turut pecah.

Tidak dinyatakan tindakan pemandunya selepas kejadian itu, namun video tersebut tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Sudah diingatkan baik-baik tetapi emosi. Akhirnya, begini jadinya. Salah diri sendiri,” kata seorang netizen.

“Puas hati pemandu lori, akhirnya dia boleh melalui jalan itu,” kata seorang pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI