fbpx
SEORANG lelaki melihat sebuah kereta yang rosak dilanda banjir di daerah Huairou, pinggir Beijing pada 30 Julai lalu. - AFP

Beijing pindah lebih 80,000 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Pihak berkuasa China memindahkan lebih 82,000 orang di seluruh Beijing disebabkan hujan lebat, kata media pemerintah selepas berpuluh-puluh orang terkorban akibat banjir di pinggir ibu kota berkenaan minggu lalu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, puluhan ribu penduduk dipindahkan dari kawasan terdedah banjir pada pukul 9 malam (waktu tempatan) semalam.

Pihak berkuasa memberi amaran mengenai risiko banjir di Miyun diikuti  Fangshan, Mentougou dan Hurairou, masing-masing di barat laut,  barat daya, barat serta utara ibu kota China.

Perkhidmatan kaji cuaca perbandaran turut mengeluarkan amaran merah iaitu tahap tertinggi dalam sistem empat peringkat dan meramalkan hujan lebat dari tengah hari semalam hingga pagi ini.

Banjir di utara Beijing mengorbankan sekurang-kurangnya 44 orang dan menyebabkan sembilan mangsa lain hilang minggu lalu, demikian menurut angka rasmi, manakala kira-kira 31 kematian berlaku di pusat penjagaan warga emas di Miyun.

Penduduk di kawasan banjir memberitahu wartawan AFP bahawa mereka terkejut dengan kepantasan air deras membanjiri rumah dan memusnahkan perkampungan.

Bencana alam adalah perkara biasa di seluruh China, terutamanya pada musim panas, apabila beberapa wilayah mengalami hujan lebat,  manakala sebilangan lagi berdepan cuaca panas dan suhu tinggi. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI