PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Commander of the United States Indo-Pacific Command (US INDOPACOM), Laksamana Samuel J. Paparo di Perdana Putra, tengah hari tadi.
Menurut Anwar, pertemuan itu menjadi medan penting untuk memperkukuh persefahaman serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau, terutamanya berkaitan usaha memperhebat kerjasama pertahanan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
“Kami turut menyentuh komitmen berterusan Washington dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dan diplomasi keselamatan di rantau ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kunjungan itu turut mencerminkan hubungan strategik yang semakin erat antara kedua-dua negara, khususnya dalam konteks keselamatan dan kestabilan serantau. – KOSMO! ONLINE