fbpx
Hari ini akan menjadi hari ketiga terpendek pada musim panas tahun ini. - Tryfonov

5 Ogos hari ketiga paling pendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Saintis-saintis menyatakan bahawa Bumi berputar lebih laju daripada biasa hari ini, 5 Ogos, mengakibatkan tempoh masa sehari menjadi lebih singkat antara 1.25 hingga 1.51 milisaat, lapor akhbar New York Post. 

Perkara itu dinyatakan oleh Perkhidmatan Sistem Putaran dan Rujukan Antarabangsa serta Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat.

Memandangkan Bumi mengambil masa 86,400 saat untuk membuat putaran penuh, perubahan itu amat kecil dan setakat ini  tidak memberi kesan besar kepada kehidupan harian manusia.

Namun, hari ini adalah yang  ketiga terpendek pada musim panas tahun ini selepas 9 Julai dan 22 Julai lalu direkodkan sebagai hari terpendek Bumi, demikian menurut Perkhidmatan Sistem Putaran dan Rujukan Antarabangsa.

Pakar-pakar  menyalahkan kedudukan Bulan sebagai punca hari lebih pendek semasa musim panas, namun mereka tidak pasti sepenuhnya.

“Punca pecutan ini (Bumi) tidak dapat dijelaskan. Kebanyakan saintis percaya ia berkaitan sesuatu di dalam Bumi. 

“Lautan dan model atmosfera tidak menjelaskan pecutan besar ini,” kata pakar putaran bumi dari Universiti Negeri Moscow, Leonic Zotov.

Sekiranya putaran pantas Bumi berterusan, pakar-pakar  bimbang tempoh 24 jam sehari berkemungkinan akan menjadi lebih singkat selama dua jam.

“Akibatnya, jam dalaman manusia akan menjadi kucar-kacir, manakala satu hari 22 jam juga berpotensi menyebabkan corak cuaca berbahaya. Ia termasuk taufan lebih kuat  dan lebih dahsyat,” kata  ahli astronomi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Dr. Sten Odenwald. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI