fbpx
Ismanira dan Zaim ketika hadir di Mahkamah Sesyen, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID

Zayn Rayyan tidak diabai, didera – Saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Saksi pembelaan kelima memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini hari ini bahawa kanak-kanak autism Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin tidak diabaikan atau didera.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak Dr. Noor Aishah Rosli berkata, dapatan itu dibuat berdasarkan tiga laporan perubatan Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.

Peguam: Ada atau tidak (laporan perubatan) yang menunjukkan Zayn (Zayn Rayyan) diabaikan atau didera?

Saksi: Tidak ada satu perkataan yang menjurus kepada keadaan (diabaikan dan didera) itu’.

Sementara itu berhubung pertuduhan perkataan ‘mungkin’ seperti mana dalam pertuduhan ibu saksi itu berkata ia seolah-olah tiada kepastian kanak-kanak autism itu diabaikan.

Ini kerana perkataan ‘mungkin’ seperti dalam pertuduhan pindaan tidak menepati definisi seperti Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (APA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Saksi itu memberitahu berdasarkan defisini APA dan WHO, pengabaian perlu memenuhi empat kriteria iaitu pengabaian emosi, pengabaian fizikal, pengabaian pendidikan dan pengabaian keperluan asas.

“Sebagai contoh pengabaian… jika ibu atau bapa tidak beri anak makan pada waktu tengahari…itu tidak dikategorikan pengabaian kerana budak itu hanya tidak makan tengahari itu sahaja, tapi jika budak tersebut terus tidak makan petang, malam atau esok atau konsisten itulah kita katakan pengabaian,” katanya.

Peguam: Ada atau tidak doktor lihat perkataan “mengabaikan” dalam tuduhan pindaan? Dikatakan telah mengabaikan dengan cara yang ‘mungkin’ mengalami kecederaan fizikal. Huraikan di dalam pertuduhan pindaan yang ada di hadapan doktor.

Saksi: Ayat iaitu telah mengabaikan kanak-kanak itu ‘dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal’, saya melihat perkataan ‘mungkin’ itu adalah suatu yang tiada kepastian yang menekankan kepada fizikal.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syaliza Warnoh bersambung lagi petang ini.

Sepanjang prosiding Ismanira diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh Mahadevan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi.

Mengikut pertuduhan Ismanira yang berusia 30 tahun sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini antara pukul 12 tengahari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ismanira diperintah membela diri manakala suaminya Zaim Ikhwan Zahari dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI