PETALING JAYA – Perbuatan segelintir pihak membuang sampah merata-rata di kawasan tepi jalan dipercayai di Damansara Damai, di sini menyebabkan ada pihak mengambil inisiatif meletakkan papan tanda mendoakan pelakunya ditemui ajal.
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok CikTeem, kelihatan papan tanda diletakkan di lokasi itu dan ia telah pun dipasang tali dipercayai bagi mengelakkan sampah dibuang di situ.
Pada papan tanda itu bertulis doa, ‘Ya Allah, cabutlah nyawa orang yang membuang sampah di sepanjang jalan ini, amin’.
CikTeem turut meletakkan kapsyen peringatkan kepada orang awam supaya tidak membuang sampah di situ.
“Jangan nak buang sampah merata-rata ye guys. Ramai orang amin kan dah ni,” katanya berseloroh.
Tindakan pihak yang meletakkan papan tanda itu turut dipersetujui oleh orang ramai sekali gus memastikan pelaku tidak mengulanginya lagi.
“Satu tindakan yang bagus,” kata seorang pengguna TikTok.
“Benda penting yang saya pun akan buat,” komen individu lain. – KOSMO! ONLINE
@cikteemJangan nak buang sampah merata2 ye guys..ramai orang da Aamiin kan da ni..hihihi