fbpx
Seorang pemuda yang memecah masuk rumah orang dalam kejadian di Permatang Damar Laut, Pulau Pinang.

[VIDEO] ‘Selamba badak masuk rumah orang macam tak ada apa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki didakwa memecah masuk sebuah rumah tidak berjaya, apabila perbuatan itu disedari pemilik yang menyedari kehadirannya di dalam kediaman berkenaan.

Menerusi hantaran video dikongsikan pengguna TikTok @Faris Azri Nakal, memperlihatkan lelaki yang memecah masuk rumahnya dan dia bertanya beberapa soalan kepada pemuda tersebut.

Pemuda itu dilihat menjawab soalannya sambil berjalan ke tingkat bawah serta ke bahagian dapur dan kemudian, melarikan diri menerusi pintu belakang.

“Siapa kenal mamat ni, dia pecah masuk rumah orang. Kawasan Permatang Damar Laut,” katanya pada kapsyen video.

Pada hantaran seterusnya, Faris Azri Nakal memuat naik video di hadapan Balai Polis Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi membuat laporan polis.

Menerusi ruangan komen, isteri kepada lelaki itu yang menggunakan akaun TikTok Lyndalieynn turut menceritakan kejadian tersebut.

“Kami ada bibik, pintu sentiasa kunci. Bibik cakap Faris tak ada, tapi dia serbu masuk terus naik. Saya tengah tidur dengan anak-anak kat bilik atas. Nasib baik Faris terjaga masa bibik kami panggil,” katanya yang turut memaklumkan pemuda itu telah dicekup oleh polis.

Menerusi ruangan komen, orang ramai turut marah dengan perbuatan lelaki tersebut selain mendoakan keselamatan pemilik rumah dan keluarganya.

“Selamba badak dia masuk rumah orang buat macam tak ada apa noh. Harey betui,” komen pengguna TikTok Emma Selek.

“Silap rumah hang masuk, viral satu Malaysia lah,” komen Syazreez.

“Bahaya ni weh. Faris kena ketatkan keselamatan lagi-lagi kat kawasan rumah,” komen Ira. – KOSMO! ONLINE

@farisazriiSapa kenal mamat ni ? dia pecah masuk rumah .. kawasan permatang damar laut .

♬ original sound – Faris Azri Nakal

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI