fbpx
Tangkap layar tiga pemuda memuat naik video mereka memberi nasi berserta tulang ayam kepada gelandangan.

[VIDEO] Dikecam beri tulang ayam kepada gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga pemuda dikecam orang ramai apabila memberikan makanan sisa tulang ayam berserta nasi kepada seorang gelandangan.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan tiga pemuda tersebut berkunjung ke restoran makanan segera dan mereka membeli ayam serta makan di situ.

Kemudian, mereka menyatakan mahu membuat kerja kebajikan dan seorang daripada pemuda itu memberitahu, tulang ayam berkenaan tidak boleh dibuang.

Mereka mengumpulkan tulang-tulang ayam tersebut dan meletakkannya di dalam nasi kononnya bagi mengelakkan pembaziran.

Pemuda itu memberitahu, tulang berkenaan boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Selepas keluar dari restoran makanan segera, mereka dilihat memberikan nasi yang dibungkus bersama tulang-tulang ayam kepada gelandangan selain anjing jalanan.

Selepas dikecam orang ramai, seorang daripada pemuda tersebut telah memuat naik video baharu pada Instagram mengatakan mereka membuat kandungan berkenaan dengan persetujuan gelandangan itu.

“Semua orang sangka kami bagi tulang ayam kepadanya. Kami tanya dia boleh tak berlakon sama-sama untuk rakam video.

“Kami telah bagi dia makanan sempurna,
Saya mohon maaf kepada semua, maaf,” katanya yang berkongsi video telah memberikan set makanan ayam goreng berserta nasi kepada gelandangan itu.

Biarpun terdapat permohonan maaf, orang ramai meninggalkan pelbagai komen yang marah dengan perbuatan mereka lebih-lebih lagi ‘prank’ tersebut.

“Konten sampah, tak peduli lah sama ada anda telah rancang atau tak, tapi video begini menunjukkan seperti anda tidak menghormati orang miskin atau pengemis,” komen pengguna Instagram eda_mohd62.

“Sama ada berpakat atau tidak, saya tak nampak apa perkara baik dalam video ini. Semata-mata tiga orang seronok bergelak ketawa dan menghina gelandangan,” marah eethengee.

“Nak beri bantuan tapi perlukah menghina terlebih dahulu? Keluarga anda ajar beginikah?,” komen qingwei_3232. – KOSMO! ONLINE

@brofirdauswongSelepas ini, minta maaf, selesai. Alhamdulilah Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menghina orang miskin TETAPI Islam mengajarkan umatnya untuk membantu orang miskin. Ini hanya kebiadaban 3 remaja ini bukan keseluruhan kaum Cina. Inilah apa yang berlaku bila menyalahgunakan akal yang Allah kurniakan demi konten.

♬ original sound – FirdausWong

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI