fbpx
Pak Cik Saad sewaktu hari persaraannya di sebuah sekolah rendah.

Satu sekolah ‘banjir’ Pak Cik Saad bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kebaikan layanan seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Pak Cik Saad menyebabkan seluruh warga di sebuah sekolah menangis ketika hari persaraannya.

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh pengguna TikTok, @lembut hati menunjukkan beberapa keping gambar Pak Cik Saad memotong kek pada majlis persaraannya selain murid-murid di sekolah itu menangis memeluknya.

“Selamat bersara Pak Cik Saad. Baik orangnya, rajin melayan budak-budak di sekolah. Berebut-rebut anak-anak minta nombor telefon. Hari yang paling sedih buat anak-anak bila Pak Cik Saad dah nak bersara.

“Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan Pak Cik Saad,” katanya pada kapsyen.

Hantaran itu turut mendapat maklum balas pengguna TikTok norfadhilahmz_ yang juga menantu Pak Cik Saad.

“Ayah mentua saya ni. Selamat bersara untuk kali kedua. Moga abah sihat selalu dan sentiasa dimurahkan rezeki selepas ni. Abah mmg terbaik untuk kami semua juga,” katanya yang turut memberitahu bapa mentuanya sebelum ini bersara daripada tentera.

“Baik dengan semua orang. Orang baik ramai sayang. Selamat bersara Pak Cik Saad, moga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan,” komen @asaa.mixl.

“Masya-Allah, penghargaan ikhlas daripada anak-anak. Semoga Pak Cik Saad dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik. Sayu hati saya tengok foto begini,” kata @Burhan Eddy

“Tengok jaket hijau tu. Pak Cik Saad ni bekas tentera darat ni. Anggota payung terjun dan biasa duduk unit mekanis ni,” komen pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN