fbpx
Pesawat membawa dua orang itu dilaporkan hilang ketika melintasi Selat Bass kelmarin. - MailOnline

Pesawat bawa pasangan kekasih hilang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CANBERRA – Sebuah pesawat ringan yang membawa dua orang secara tiba-tiba hilang ketika dalam penerbangan dari Tasmania di Australia, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Pesawat dengan dua tempat duduk itu dilaporkan membawa sepasang kekasih iaitu seorang juruterbang berusia dalam lingkungan 70-an dan penumpang wanita berumur 60-an. 

Pasangan tersebut dikatakan menuju ke Lapangan Terbang Hillston di Condobolin, negeri New South Wales untuk melawat rakan mereka. 

Namun, ia dilaporkan hilang ketika melintasi Selat Bass kelmarin.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, kebimbangan dibangkitkan sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) apabila pesawat itu gagal mendarat di New South Wales selepas berlepas dari Tasmania pada pukul 12.45 tengah hari (waktu tempatan). 

“Pesawat itu tidak membuat sebarang komunikasi atau mengeluarkan panggilan kecemasan sebelum hilang. 

“Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan merentasi utara Tasmania, Selat Bass dan selatan Victoria untuk mencari pesawat yang hilang,” kata AMSA. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN