fbpx
Mohd. Khalid.

Laporan siasatan Zara Qairina diserah ke AGC hari ini – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyerahkan laporan siasatan berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), hari ini.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail ketika dihubungi, hari ini.

“Sudah submitted (serah) tadi,” katanya ringkas.

Terdahulu, Ibu kepada Allahyarham Zara membuat laporan polis di Balai Polis Sipitang selepas teringat melihat kesan lebam pada belakang anaknya ketika memandikan jenazah di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai lalu.

Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama pada pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak sekolah.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan unsur buli terbabit dalam kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI