fbpx
Fadhlina bersama murid-murid serta tenaga pengajar SJKT Ladang Pasir Gajah di Kuala Krai, semalam.

Fadhlina lawat satu-satunya SJKT di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Pasir Gajah, Kuala Krai satu-satunya sekolah Tamil yang beroperasi di negeri Kelantan, semalam.

Menurut Fadhlina, kehadirannya ke sekolah tersebut sangat penting bagi memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati anak-anak komuniti setempat.

“Saya berpuas hati dengan pengoperasian SJKT Ladang Pasir Gajah. Fasiliti sekolah secara keseluruhan berada dalam keadaan baik dan persekitarannya bersih, mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut memuji usaha sekolah yang aktif menganjurkan pelbagai program seperti pemerkasaan STEM, pengukuhan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta sukan yang membantu pembentukan sahsiah murid.

Dalam pertemuan bersama pentadbir sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Fadhlina menekankan kepentingan kerjasama erat antara semua pihak demi kebaikan murid dan warga sekolah.

Turut disampaikan semasa lawatan itu ialah papan pintar sumbangan Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif dan berkesan.

“Sumbangan bakul makanan turut diberikan kepada ibu bapa yang telah banyak menyumbang kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan,” katanya.

Fadhlina menegaskan, Kementerian Pendidikan akan terus komited memastikan akses pendidikan terbaik dapat disediakan kepada semua jenis sekolah di seluruh negara.- KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI