fbpx
Zambry.

Dewan Rakyat: Kursus tiada kaitan AI masih relevan, tidak perlu ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak bersetuju dengan pendapat semua kursus di institusi pengajian tinggi (IPT) yang tiada kaitan dengan kecerdasan buatan (AI) wajar ditutup.

Menurutnya, sebahagian kursus itu masih relevan dalam konteks masa kini, maka setiap kementerian perlu mengenal pasti kursus yang perlu disesuaikan dengan AI untuk memenuhi keperluan pasaran.

“Ada pemikiran kursus tidak relevan dengan AI perlu ditutup. Tidak, sebab ada kursus bersifat ‘multi disciplinary’. Apabila kita ada tempat untuk belajar AI, dalam masa yang sama perlu juga belajar bidang sains sosial.

“Hari ini apabila kita bercakap tentang ‘disciplinary’ AI itu, ia mesti juga melibatkan hal berkaitan hal ‘disciplinary’ yang lain,” katanya ketika menjawab soalan tambahan pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menjawab soalan asal Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau), Zambry berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited dalam memastikan graduan kekal relevan dalam pasaran kerja nasional.

Kata beliau, kerajaan malah komited memastikan golongan B40 dan M40 terus diberi akses kepada pendidikan dan latihan TVET meskipun melibatkan kos yang tinggi.

Ujar beliau, pelbagai inisiatif dan bantuan disediakan bagi memastikan tiada yang tercicir dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing.

“Semakan silibus kurikulum bersesuaian dengan perkembangan semasa juga dibuat agar dapat melahirkan graduan yang boleh beradaptasi dengan keperluan sebenar di alam pekerjaan dan juga keperluan negara,” katanya.

Menjawab soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) berhubung strategi memperkukuh sokongan kesihatan mental pelajar IPT, beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 280 kaunselor bertauliah bertugas di Pusat Kaunseling Pelajar di universiti awam di seluruh negara.

Menurut beliau, KPT juga melaksanakan satu lagi penubuhan Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia bagi membentuk, menyelaras dan membangunkan potensi mahasiswa dan warga kampus melalui peranan pegawai psikologi.

“Ketiga, melancarkan Manual Perkhidmatan Kaunselor di IPT dan ini kita lakukan, dilaksanakan pada Oktober 2024. Keempat, membangunkan Modul Kesihatan Mental Mahasiswa IPT,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI