fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Rakyat: Jumlah pinjaman ‘Buy Now, Pay Later’ RM38 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, jumlah pinjaman Buy Now, Pay Later (BNPL) di negara ini sehingga 30 Jun lalu sebanyak RM38 bilion.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah pinjaman tersebut kira-kira 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah.

“Tunggakan pula RM121.8 juta atau 3.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman BNPL. Bagi separuh pertama tahun ini sahaja, BNPL mencatat 102.6 juta transaksi bernilai RM9.3 bilion.

“Peningkatan 31 peratus berbanding tempoh enam bulan sebelumnya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN–Pendang) sama ada kerajaan bercadang mengklasifikasikan sebahagian skim BNPL sebagai kredit berisiko sosial.

Bagaimanapun, Amir Hamzah berkata, kawalan ke atas produk akan hanya dipertimbangkan jika ia menjejaskan kesejahteraan pengguna.

Menjawab soalan tambahan Young Syefura Othman (PH–Bentong) berkenaan kadar faedah melampau dan caj penalti, katanya, kawal selia industri BNPL akan diperketatkan.

Menurut beliau, ia melibatkan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) dan Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025 yang bakal dikuatkuasakan.

Ujar beliau, RUUKP dan AKP 2025 akan menjadi asas penting dalam memastikan industri BNPL berkembang secara terkawal dan bertanggungjawab.

“Kita sedang meneliti pendekatan yang terbaik agar tiada pengguna terperangkap dalam hutang tidak terkawal.

“Suruhanjaya Kredit Pengguna akan diberi kuasa untuk menguatkuasakan pelbagai tindakan ke atas penyedia BNPL yang melanggar peraturan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN