KUALA LUMPUR – Dalam usaha menangani rasuah, kerajaan dicadang supaya memberi ganjaran kepada penjawat awam yang mendedahkan mengenai salah laku kakitangan awam lain.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor berkata, Langkah itu bukan bermaksud ‘kawan makan kawan’, tetapi dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
“Apakah mungkin kita beri ‘reward’ (ganjaran) kepada kakitangan awam yang memecahkan cerita yang berlaku di dalam.
“Tiada apa akan berlaku melainkan rakan-rakan sekeliling mereka yang melakukan. Kita beri ‘reward’ RM1,000 atau RM2,000 saya rasa boleh dipertimbangkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas sesi soal jawab membabitkan isu sindiket Fly dan U-turn di Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – KOSMO! ONLINE