fbpx
Anggota Perhilitan berjaya menangkap seekor beruang matahari di Kampung Hulu Seladang, Setiu semalam.

Beruang matahari sesat ditangkap Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Penduduk Kampung Hulu Seladang, di sini lega apabila beruang matahari yang berkeliaran di perkampungan tersebut sejak lebih tiga minggu lalu berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), semalam.

Haiwan liar seberat 80 kilogram itu dikesan tersesat memasuki perkampungan terbabit pada 12 Julai lalu.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya segera memasang perangkap sebaik menerima aduan penduduk berhubung kemunculan beruang matahari jantan terbabit.

“Haiwan itu memasuki perangkap yang dipasang pada petang semalam. Ia sihat tanpa sebarang kecederaan dan akan dilepaskan ke habitat asalnya dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN