fbpx
Keadaan bayi lelaki yang dijumpai di atas lantai di sebuah pondok bas, Jalan Lama Kulim menghala ke LKIM Tok Bali, Pasir Puteh hari ini.

Bayi baru lahir ditinggalkan dekat pondok bas Jalan Lama Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di sebuah pondok bas, Jalan Lama Kulim menghala ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali di sini hari ini.

Bayi yang sempurna dan cukup sifat itu ditemukan oleh orang awam di atas lantai pondok bas tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai seorang bayi yang masih bernyawa dibalut dengan kain pelikat di lokasi kejadian.

“Bayi tersebut dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Puteh atau boleh menghubungi Hotline IPD Pasir Puteh di talian 09-786 2005. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI