fbpx
Gambar hiasan.

Baling, Selama, Temerloh antara 6 kawasan panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan enam kawasan iaitu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) berhubung status terkini cuaca panas.

Berdasarkan kemas kini sehingga pukul 6 pagi tadi, tiga kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Baling (Kedah), Selama (Perak) dan Temerloh (Pahang).

“Terdapat dua kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Pitas dan Tenom.

“Seterusnya satu kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Limbang,” menurut hantaran MetMalaysia di Facebook, hari ini.

Tahap berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN