fbpx
ABDUL AZIZ (tengah) menyaksikan Kumar menyerahkan tongkat kuasa kepada Ab. Rahaman pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, di Auditorium Aras 2, IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM

Ab. Rahaman ganti Kumar terajui Polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Komisioner Ab. Rahaman Arsad dilantik sebagai Ketua Polis Johor baharu.

Ab. Rahaman, 58, menggantikan Datuk M. Kumar yang dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau yang berasal dari Kulai mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 1989 sebelum menjawat beberapa jawatan termasuk Ketua Jabatan Pengurusan IPK Negeri Sembilan dan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kedah.

Antara jawatan lain termasuklah Pegawai Pendakwa Jabatan Siasatan Jenayah Sabak Bernam, Selangor dan Pensyarah Undang-Undang Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam.

Terdahulu, Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor Kontinjen Johor yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Hadir menyaksikan serah terima tugas itu ialah Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid.

Majlis itu turut menyaksikan pertukaran jawatan Pengerusi Perkep Kontinjen Johor antara penyerah, Datin Shanti P. Santhanam kepada penerima, Salwah Mahdan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI