fbpx
Tangkap layar menunjukkan Santacruz menampar Segura selepas dia enggan memberikan tempat duduknya. - Facebook

Wanita ditampar lelaki kerana enggan beri tempat duduk 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOGOTA – Seorang ahli perniagaan menerima kecaman pengguna media sosial apabila dia menampar dan mengasari seorang wanita selepas mangsa enggan bangun dan membenarkan lelaki tersebut duduk di sebelah isterinya, lapor akhbar Metro UK. 

Kejadian berlaku di ruang istirahat di Lapangan Terbang Antarabangsa Eldorado Bogota di Colombia pada 27 Julai lalu. 

Pergaduhan itu tercetus apabila lelaki bernama Hector Santacruz, meminta mangsa dikenali sebagai Segura untuk berpindah dari tempat duduknya. 

Dia mula mengamuk selepas pemintaannnya tidak diendahkan oleh Segura. 

Rakaman video di laman Facebook  menunjukkan Santacruz berdiri di hadapan Segura lalu menampar wanita tersebut dengan kuat sebelum dia ditolak dan dimarahi oleh penumpang lain. 

Mangsa dibawa ke pusat penjagaan segera untuk rawatan lanjut, lapor portal berita MailOnline. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI