fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan saluran paip kumbahan yang pecah di aras bawah MITEC semalam.

[VIDEO] Najis bersepah-sepah, memang ‘padu’ bau dia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa buah kenderaan yang diletakkan di aras bawah parkir di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) ‘bermandikan’ air najis.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok Malaysia Viral, kelihatan satu saluran paip di kawasan parkir tersebut yang difahamkan air kumbahan telah pecah.

Kejadian tersebut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di bawah saluran paip berkenaan telah disimbah air kumbahan.

Insiden itu juga menyebabkan air berbau najis tersebut telah membasahi lantai parkir pusat pameran berkenaan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku semalam ketika pusat pameran berkenaan dipenuhi orang ramai yang hadir ke Mega Karnival 3 Dimensi.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi keadaan di pusat pameran itu ekoran kejadian terbabit

“Tadi (semalam) pergi sebab ada karnival, sekali nak parking, eee najis bersepah-sepah, busuk gila, ‘last’ parkir jauh tempat kering,”tulis @Ms Anizarfifi.

Turut berkongsi kisah sama adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @ Ay|eAnn.

“Kereta saya 10 kotak dari situ, memang memamg bau padu gila, tak boleh bawa bincang, kalau dah saluran paip pecah, melekat,”kongsinya.-KOSMO! ONLINE

@malaysia_most_virallllMau pekat likat bau ni

♬ original sound 🇲🇾 – Aniq Muhai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI