fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @Daydayeric di platform TikTok miliknya yang menunjukkan kereta sedang melawan arus.

[VIDEO] ‘Hari ini aku hon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan berani seorang pemandu kereta yang enggan mengalah ketika berdepan dengan kenderaan melawan arus di sebuah jalan raya mendapat perhatian ramai netizen.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok, @Daydayeric, lelaki itu dilihat langsung tidak berganjak walaupun berhadapan dengan beberapa kereta yang cuba ‘memotong jalan’ bagi mengelak kesesakan.

Lebih menarik, pemandu berkenaan turut membunyikan hon tanpa henti sehingga memaksa kereta-kereta terbabit mengalah dan berpatah balik mencari laluan lain.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh netizen.

“Terbaik, hon tak berhenti, tak berganjak pun,” kata seorang netizen.

“Gelabah terus pemandu Mercedes tu,” ujar @BatubaraV.

“Puas hatinya, teruknya yang lawan arus tu,” komen @Jeng Nis. – KOSMO! ONLINE.

@daydayeric Korang suruh hon kan? HARI NI AKU BUAT! 😤🔊 #LawanArusLagi #HonChallenge #MalaysiaRoad #DashcamMY #AkuDahHon #KeretaGila ♬ original sound – daydayeric

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI