fbpx
Aksi Al-Sultan Abdullah pada perlawanan tersebut. Foto Facebook Kesultanan Pahang

Usia bukan halangan, Al-Sultan Abdullah bukti ‘cinta’ kepada sukan Polo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuktikan baginda masih lagi berbisa dalam sukan Polo apabila pasukannya berjaya menjulang Piala Tengku Ampuan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Kesultanan Pahang, pasukan Al Sultan Abdullah iaitu Royal Pahang Citaglobal berjaya menewaskan pasukan Las Chicas dalam Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, Pekan, Pahang semalam.

“Usia bukan halangan, baharu sahaja menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-66, namun bukan kekangan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah gagah memimpin pasukan Paduka Baginda untuk menjulang Piala Tengku Ampuan pada perlawanan akhir Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025,”tulis hantaran itu.

Menurut hantaran itu, kejayaan tersebut juga membuktikan kecintaan dan minat Al-Sultan Abdullah terhadap sukan Polo.

“Hebat mengasak lawan, Paduka Baginda membuktikan bahawa kecintaan dan minat yang mendalam terhadap sukan Polo terus membara dengan aksi yang dipamerkan sepanjang perlawanan.

“Pasukan Baginda, Royal Pahang Citaglobal berjaya menewaskan pasukan Las Chicas yang turut diwakili YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,”kata hantaran itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI