fbpx
Anwar ketika hadir merasmikan HPPNK di Kota Kinabalu. -Foto IVAN AMIRUL / KOSMO!

Tiada pihak terlepas kes kematian Zara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tiada pihak akan terlepas menerima hukuman membabitkan kes kematian Zara Qairina Mahathir baru-baru ini, yang dikaitkan dengan kejadian buli.

“Baru-baru ini ada kematian (berkaitan kes Zara Qairina) dan Menteri Pendidikan ‘diserang’. Kematian dengan cara itu bukan perkara yang dipandang ringan dan perlu siasatan mendalam dengan kadar segera. Ini tanggungjawab kita bersama untuk cari (pembunuh) dan bukan tuduh sesiapa.

“Saya bicara terus dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail).

“Dia (Mohd. Khalid) kata kita buat siasatan segera, kita cari segala fakta dan selesaikan. Dia kata sudah 60 orang (saksi) diambil keterangan,” katanya ketika berucap dalam perasmian penutupan Majlis Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Anwar berkata, pihaknya difahamkan laporan lengkap polis berhubung kes terbabit sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kita harus ingat ini bukan negara hukum, bukan negara fitnah. Siapa pun terlibat, tidak peduli siapa pun (berkaitan) Tan Sri, Datuk Seri, menteri atau anak menteri jika terlibat dalam jenayah, pembunuhan atau bersengkongkol semuanya tidak akan diberi perlindungan tetapi jangan memfitnah,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI