fbpx
RAMSDALE

Ramsdale dedah sebab pilih Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEWCASTLE – Penjaga gol Newcastle United, Aaron Ramsdale tampil mendedahkan sebab utama dia memilih untuk menyertai kelab itu secara pinjaman daripada Southampton.

Ramsdale, 27, mengakui tertarik dengan reputasi Newcastle terutamanya gelanggang keramat pasukan itu, St. James Park yang sentiasa mempunyai aura tersendiri dan menghadirkan gerun kepada mana-mana lawan.

Selain itu, bekas penjaga gol Arsenal tersebut juga teruja untuk kembali beraksi di bawah tunjuk ajar Eddie Howe selepas kedua-dua mereka pernah bekerjasama di Bournemouth sebelum ini.

“Saya gembira berada di sini kerana jujurnya saya sentiasa menikmati perlawanan di St. James Park. Penyokong Newcastle mempunyai sesuatu dan saya harap boleh memberikan keputusan positif kepada mereka.

“Saya juga tidak sabar untuk bekerja semula dengan pengurus (Howe) dan barisan kejurulatihan lain.

“Mereka banyak memberikan inspirasi dalam karier saya. Jadi saya harap dapat membalas kepercayaan ini,” kata Ramsdale.

Begitupun, ia tidak mudah buat bekas penjaga gol England itu kerana perlu bersaing dengan Nick Pope dan Martin Dubravka untuk merebut kedudukan No. 1 Newcastle.

“Ramsdale seorang penjaga gol yang mempunyai kualiti dan pengalaman antarabangsa. Saya percaya kehadirannya akan memberikan persaingan yang sihat di bahagian penjaga gol,” jelas Howe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI