fbpx
Dr. Mohd. Zahari Ismail

Politeknik AI pertama negara bakal beroperasi 2027 di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah politeknik baharu yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang kecerdasan buatan (AI) bakal dibangunkan di Lumut, Perak dan dijangka mula beroperasi seawal tahun 2027.

Institusi itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), dengan matlamat memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) khusus dalam bidang teknologi masa hadapan.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Mohd. Zahari Ismail berkata, politeknik tersebut dalam fasa perancangan menyeluruh melibatkan penyediaan kurikulum, struktur perjawatan dan pembangunan infrastruktur.

“Kita telah pun bercadang untuk menubuhkan sebuah politeknik yang khusus kepada AI dan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua tahun.

“Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti juga sedang merancang untuk memperkenalkan program sijil dan diploma dalam bidang kecerdasan buatan yang pertama di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Tambah beliau, Politeknik berkenaan bakal menawarkan pelbagai program termasuk Sijil dan Diploma Kecerdasan Buatan, merangkumi kursus seperti Pengenalan kepada AI, Pembelajaran Mesin, Python untuk AI, Analisis Data, Sistem Pintar dan Keselamatan Siber. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI