fbpx
PERLIS GSA (jersi biru) berjaya mencatat keputusan positif apabila seri tanpa jaringan menentang Kedah FA dalam aksi pembuka tirai Liga A1 Semi Pro di Kangar semalam. - IZLIZAN OTHMAN

Perlis GSA bangga, ‘tempang’ lebih sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Pengurus Perlis GSA FC, Amar Rohidan menyifatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Kedah FA semalam sebagai satu pencapaian membanggakan selepas terpaksa beraksi dengan 10 pemain lebih sejam dalam aksi pembukaan Liga A1 Semi Pro musim ini.

Menurutnya, para pemain telah memberikan komitmen sepenuhnya walaupun pasukan berdepan kesukaran selepas Muhammad Nasri Ahmad Thauhid dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-34 dalam aksi di Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar.

“Saya bersyukur, Alhamdulillah kita dapat satu mata malam ini (semalam). Saya puas hati dengan pemain saya yang bermain ‘all out’ walaupun kekurangan seorang pemain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan.

Bekas pemain kebangsaan itu mengakui, mereka berjaya bertahan dengan baik sepanjang baki 60 minit perlawanan dan tidak dibolosi, sekali gus meningkatkan keyakinan pasukan bagi menghadapi aksi seterusnya.

“Mereka bertahan dengan sangat baik dan tak kalah. Bukan senang nak dapat keputusan seri dalam keadaan macam tu, tapi pemain tetap beri 100 peratus,” katanya lagi.

Mengulas mengenai prestasi keseluruhan, Amar mengakui kekurangan seorang pemain menyebabkan mereka berdeoan kesukaran untuk mencipta ruang dan peluang menjaringkan gol.

“Bila dah tinggal 10 orang, kita kurang dari segi serangan. Tapi untuk perlawanan seterusnya kita akan fokus betulkan bahagian serangan dan cari ruang lebih baik

“Terdapat juga beberapa pemain yang mengalami kecederaan, namun ia tidak serius dan pasukan tiada masalah untuk meneruskan cabaran pada perlawanan seterusnya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI