fbpx
Gambar hiasan.

Penganjur belum maklum polis tentang Himpunan ‘Honggaq’ Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Polis belum menerima sebarang pemakluman daripada penganjur untuk mengadakan Himpunan ‘Honggaq’ Kedah di hadapan Wisma Darul Aman, Alor Setar pada 24 Ogos ini.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Adzli Abu Shah berkata, meskipun tiada pemakluman yang diterima, pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga menerusi pemantauan dari semasa ke semasa.

“Cuma saya gesa di luar sana, macam saya kata semua orang ada perbezaan pendapat serta parti politik, kita raikan. Asalkan tidak melanggar undang-undang dan tidak menjejaskan ketenteraman awam.

“Kalau berhimpun, perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kerana sekarang ni tak perlukan permit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini hari ini.

Katanya, peserta perlu mengetahui tentang larangan semasa menyertai himpunan seperti tidak membawa kanak-kanak dan senjata, tidak memberi kenyataan berbaur hasutan serta tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Himpunan ‘Honggaq’ Kedah yang dijangka berlangsung pada 24 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI