fbpx
UNITED ketika ini berada pada landasan tepat susulan dua kemenangan daripada tiga aksi pramusim. - AFP

Pemain United berjuang satu sama lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA – Manchester United dianggap sudah kembali menemui rentak sebenar apabila mengharungi aksi pramusim dengan cukup cemerlang selepas mencatat dua kemenangan dalam tiga perlawanan setakat ini.

Skuad kendalian Ruben Amorim sekali lagi akan diuji pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton pada aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Mercedes-Benz awal pagi esok.

Berdasarkan corak permainan ditampilkan dalam tiga perlawanan terdahulu, pemain pertahanan United, Diogo Dalot memuji Amorim kerana berjaya menerapkan semangat setia kawan dalam diri setiap pemain.

“Saya fikir kami sedang membentuk sebuah pasukan yang mampu berjuang untuk satu sama lain. Memang perjalanan masih jauh tetapi itu merupakan sasaran yang ditetapkan untuk tempoh jangka panjang.

“Saya juga yakin anda semua boleh melihat sendiri petanda-petanda positif yang ditunjukkan pemain-pemain United dalam aksi pramusim. Kami sentiasa memberikan segala-galanya dalam setiap perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut bersetuju dengan tindakan Amorim tidak menyenaraikan empat pemain seperti Jadon Sancho, Alejandro Garnacho, Antony dan Tyrell Malacia yang dikatakan bakal meninggalkan Old Trafford.

“Mesej beliau (Amorim) sangat jelas, iaitu sama ada anda mahu kekal bersama pasukan ataupun tidak. Jika anda mahu kekal, anda perlu mencapai standard ditetapkan. Jika tidak, anda tidak ada tempat di sini,” ujar Dalot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI